SERI ISKANDAR: Superintendan Mohamad Zainal Abdullah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Perak Tengah berkuatkuasa hari ini, menggantikan Superintendan Aziz Hassan, 60, yang bersara wajib.

Mohamad Zainal, 39, sebelum ini  bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut.

Majlis serah terima tugas itu disempurnakan di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah pada Rabu sambil disaksikan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Gan Tian Kee.

Dalam majlis sama, turut diadakan serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Perak Tengah antara Rodziah Mohd Yusof dengan Niche Isa Medina Machmudi Isa yang baru dilantik.

Penyerahan tugas itu disaksikan Timbalan Pengerusi PERKEP negeri, Datin Zuriani Mohd Kamal.