PUTRAJAYA : Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019, susulan peragaan separuh bogel diadakan pada acara tersebut.

Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata beliau telah mengarahkan agensi di bawah MOTAC iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCeB) untuk menyiasat perkara tesebut.

“Expo ini bukanlah kali pertama diadakan di Malaysia dan semenjak ia mula diadakan pada 2015 seperti di Kota Kinabalu, Sabah, tiada kejadian seumpama berlaku dan dipamer ke khalayak ramai.

“Saya difahamkan ia diadakan secara tertutup tetapi telah melanggar ketatasusilaan.

“Saya telah mengarahkan agensi MOTAC, MyCeB untuk menyiasat perkara ini.

” Penganjuran acara bertaraf antarabangsa adalah baik untuk industri pelancongan negara tetapi bukan dengan cara penganjuran sebegini.

“Ia tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia yang penuh kesopanan dan kesusilaan.” katanya dalam kenyataan hari ini.