KUALA LUMPUR : Meskipun Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah roboh, Datuk Seri Najib Razak masih terus mendedahkan isu Hotel TH.

Dalam posting terbaharunya, Hotel TH Kuching, Sarawak yang sepatutnya beroperasi pada pertengahan 2018 juga telah dijual.

Penjualan itu dibuat bersama-sama Hotel TH di Alor Setar, Bayan Lepas, Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu.

Kata Najib, penjualan itu lupa dimaklumkan oleh Menteri Haji minggu lepas. – MalaysiaGazette