IPOH: Tindakan pemilik sebuah kedai di pekan lama, di sini mengecat semula bangunannya yang mempunyai mural dikenali sebagai “the girls” bukan satu isu yang harus diperbesarkan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata pemilik kedai berkenaan mengambil keputusan untuk berbuat demikian memandangkan mural tersebut telah pudar dan bangunan tersebut juga telah rosak.

“Luksan di pekan lama merupakan inisiatif syarikat Old Town White Coffee pada 2014, mereka telah melukis tujuh lukisan mural termasuk lukisan the girls itu.

“Menurut pemilik kedai, tiada perjanjian telah dibuat antara mereka jadi memandangkan lukisan tersebut telah pudar dan bangunan tersebut telah rosak maka pemilik telah mengecat semula bangunan tersebut utuk menambah keceriaan kepada bangunan miliknya.

“Sebenarnya tiada isu sekiranya pemilik bangunan hendak menceriakan bangunan dgn mengecat semula bangunan mereka,” katanya ketika dihubungi Suara Perak pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang mengkritik kerajaan negeri kerana membenarkan mural itu dicat semula dalam twitternya pada Khamis.