KUALA KETIL: Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jemerli maut dihempap batang pokok sawit di Kuala Bakong, petang Ahad.

Difahamkan, Muhammad Hang Jebat Norizan,10, ketika itu sedang bermain bersama lima rakan lain di atas timbunan batang pokok sawit yang sudah ditebang.

Bagaimanapun, salah satu batang pokok sepanjang enam meter bergolek sebelum mengenai mangsa.

Gurunya, Ahmad Shahabudin Ibrahim berkata, murid itu dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim.

“Budak-budak tu bermain di atas batang yang berada di atas batang lain. Tiba-tiba batang itu bergolek dan menindihnya.

“Kanak-kanak itu ditindih dari bahagian kaki hingga kepala. Pihak sekolah merasai kehilangannya,” katanya. – Sinar Online