KUALA LUMPUR: Bekas ketua polis negara, Musa Hassan mendakwa ada pihak yang menggunakan taktik “diskriminasi terbalik” ketika membuat tuntutan dengan mengatakan mereka ditindas orang Melayu.

“Padahal tidak ada, tetapi apabila orang Melayu bercakap berkaitan hak mereka dan tuntutan mereka yang terletak dalam Perlembagaan Persekutuan, mereka kata orang Melayu rasis.

“Ini adalah provokasi supaya kita melenting dan katakan orang Melayu akan menindas mereka,” katanya ketika berucap dalam Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional bertemakan “Ummah Berpakat Islam Berdaulat” hari ini.

Beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang membangkitkan isu perkauman dan menghina kaum Melayu, agama Islam serta institusi diraja demi mengekalkan keamanan di Malaysia.

-FMT