KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terus dilanda kemelut apabila Naib Presiden, Datuk Hamidah Osman meletak jawatan dan keluar parti berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Agung, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dalam satu kenyataan berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi MPT (MPT) parti bersetuju menerima keputusan berkenaan.

“PPBM menghormati keputusan beliau dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan selama ini,” katanya. -BH ONLINE