KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sebentar tadi bagi menghadapi sekurang-kurangnya 25 pertuduhan termasuk pengubahan wang haram.

Beliau yang memakai sut gelap tiba di kompleks mahkamah pada jam 1.50 petang dengan diiringi ketat lebih 10 anggota polis.

Najib sempat melemparkan senyuman kepada wartawan dan jurugambar yang menunggu ketibaan beliau di lobi mahkamah, sebelum dibawa naik ke bilik Mahkamah Sesyen di Aras 2.

Mengikut laporan berita, beliau dijangka akan didakwa dengan 21 tuduhan pengubahan wang haram berhubung pindahan AS$681 juta (RM2.8 bilion) ke dalam akaun peribadi miliknya.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tiba di mahkamah 10 minit kemudian – berita harian