KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka dihadapkan ke mahkamah esok atas tuduhan salah guna kuasa.

Difahamkan beliau akan dituduh mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana menyalahgunakan kuasa.

Najib ditahan sebaik sahaja tiba di Ibu Pejabat SPRM jam 3 petang tadi.

Difahamkan pertuduhan itu ada kaitan dengan kes ‘wang derma’ sebanyak RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) – berita harian