Subscribe Now

Trending News

Najib harap Tahun Baharu Cina beri tuah kepada BN
Nasional

Najib harap Tahun Baharu Cina beri tuah kepada BN 

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Tahun Baharu Cina 2018 dapat memberikan tuah kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).



Najib berkata, sambutan Tahun Baharu Cina pada kali ini lebih menceriakan dan meyakinkan rakyat apabila ekonomi negara mencatat pertumbuhan 5.9 peratus dan ringgit semakin mengukuh.



“Kita dapat rasa keceriaan rakyat pada Tahun Baharu Cina yang disambut meriah apabila keyakinan rakyat terhadap masa depan negara lebih menyerlah.

“Mudah-mudahan kita doakan tahun baru lunar ini beri satu keputusan pilihan raya yang memberangsangkan kepada kerajaan,” katanya ketika ditemui dalam majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2018 anjuran MCA hari ini. – UTUSAN ONLINE

Related posts