KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersinikal lagi dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Najib kali ini sinis terhadap kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa ke beberapa kementerian sebelum ini.

Menurut Najib, PH boleh mengklasifikasikan perbuatan itu sebagai Tahun Menteri Melawat Menteri.

“Oh. Kunjungan hormat sesama Menteri lagi. Dah boleh buat penjenamaan “Tahun Menteri Melawat Menteri,” tulis Najib di Facebook beliau.

Oh. Kunjungan hormat sesama Menteri lagi.Dah boleh buat penjenamaan "Tahun Menteri Melawat Menteri".

Posted by Najib Razak on Isnin, 29 April 2019

Najib merujuk kepada lawatan beberapa menteri antaranya lawatan yang dibuat Mujahid antaranya ke RTM melawat Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, semalam.

Mujahid sebelum ini turut melawat Menteri Pertahanan, Mohamad bin Sabu pada 11 April lalu yang membincangkan mengenai agenda Maqasid Syariah dalam tadbir urus negara.

Perkara itu turut mendapat perhatian bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Anina Saadudin.

Ujar beliau, menteri-menteri PH hanya mampu membuat lawatan sesama sendiri di kementerian masing-masing yang disifatkan sebagai perbuatan tidak perlu dilakukan.

“Pelancong Korea tak datang Malaysia untuk melawat K-Pop. Pelancong Jepun tak melawat Malaysia untuk melawat Doraemon.

“Jadi, hang pun melawat aku, aku pula melawat hang. Tu lah kerja hangpa. Hang melawat aku, aku melawat hang. Belum puasa, depa (mereka) dah raya,” katanya menyindir perbuatan tersebut. – MalaysiaGazette