KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan beliau tidak akan sesekali akur dengan gesaan agar berdiam diri.Sebaliknya, Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu berkata, beliau akan terus berjuang untuk membela nasib rakyat.

“Dengar sini baik-baik. Najib tidak akan berdiam diri. Najib akan terus berjuang membela rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Najib turut menyertakan pautan artikel Sinar Harian mengenai kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semalam yang menafikan dirinya tidak membantu parti ketika Barisan Nasional (BN) kini tidak lagi menjadi kerajaan.

Menyifatkan bahawa dirinya seorang yang setia dengan parti, Mohamed Nazri berkata, beliau sebenarnya banyak membantu, antaranya menggesa Najib supaya ‘duduk diam’.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya bantu parti dengan suruh Najib duduk diam: Nazri

Dalam pada itu, Najib turut mengalu-alukan sekiranya Mohamed Nazri ingin membantu parti dengan cara jelajah ke seluruh negara melawan PH.

“Bukan dengan cara suruh saya atau mana-mana ahli (parti) duduk diam,” katanya.

 

SINARHARIAN