LUBUK MERBAU – Penasihat DAP, Lim Kit Siang diminta tampil menjawab pendedahan yang dibuat Pemikir Publisiti Pengundi Melayu DAP, Amran Ahmad mengenai propaganda jahat DAP dalam menyebarkan fitnah terancang menggunakan nama gabungan pembangkang PKR dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Penyandang Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz berkata kerajaan sudah lama mengesyaki akan propaganda jahat tersebut, maka dengan pembongkaran Amran, ia telah mengesahkan permainan parti pembangkang tersebut.

“Ya, selama hari ini memang kerajaan dah syak pun tapi terima kasih kepada Amran akhirnya beliau sedar dan menzahirkan semua. Saya minta supaya Kit Siang nafi la. Ini cerita kita tau lama dah.

“Jadi kalau apa yang Amran cakap tak betul Kit Siang datang la tampil ke hadapan, nafi lah. Sampai hari ini saya ingat dua hari dah tak ada apa pun,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menyertai kira-kira 100 orang penduduk di RPA Mior Aris, di sini untuk minum petang dalam siri program berkempen beliau di sekitar Kuala Kangsar, hari ini.

Menyifatkan pemimpin DAP sebagai harimau yang susah untuk menghilangkan belang kerana dari dulu lagi dikenali sebagai anti-melayu, Nazri berkata pendedahan itu tidak dapat disangkal lagi.

“Malahan, Lim Kit Siang juga berani menggunakan orang Melayu sebagai agen beliau untuk memecah-belahkan perpaduan orang Melayu,” tambah Nazri.

Nazri meminta kepada semua pengundi supaya tidak menyokong kumpulan yang hanya mahu memecah-belahkan perpaduan rakyat Malaysia, malah menyeru untuk sama-sama bertanggungjawab memastikan tanah air ini sentiasa bersatu padu serta menolak mana-mana pihak yang bertujuan merosakkan kesepakatan rakyat.

BERITA BERKENAANAziz Bari Batal Ceramah Selepas Pendedahan Komplot DAP Dapatkan Jawatan MB Perak