KUALA KANGSAR: Seperti yang dijanjikan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tiba di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, di sini untuk menunggu kedatangan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Nazri tiba pada kira-kira pukul 1 tengah hari bersama kira-kira 50 orang penyokong dan kini masih berkumpul di pintu masuk MRSM tersebut.
Menurut Nazri, beliau tetap hadir ke MRSM tersebut walaupun debat di antara beliau dan Mahathir yang sepatutnya berlangsung hari ini tidak dapat diadakan kerana tidak mendapat permit polis.
“Saya akan menunggu kedatangan Tun dan berharap beliau datang,” katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, anggota polis mengadakan kawalan lalu lintas di perkarangan MRSM.