LUMUT: Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 4 Mac lalu telah dijumpai terapung di kawasan perairan Pulau Pangkor, di sini pada Isnin.

Pengarah Maritim Daerah 3 Lumut, Kepten Zulinda Ramly berkata, mangsa telah ditemui oleh sebuah bot nelayan di perairan tersebut sebelum membuat panggilan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

de367b5d-c6c2-4906-8c66-508f986c9e14
Menurut beliau, selepas mendapat panggilan itu, Kapal Maritim Tugau yang diketuai Leftenan Komander Maritim Hasrul Ashraf Mohd Nasir yang sedang melakukan operasi, diarahkan ke lokasi kejadian untuk mengambil mayat tersebut.

“Berdasarkan dari pakaian, mayat tersebut adalah dipercayai mangsa yang jatuh laut pada 4 Mac lalu iaitu Khairolafni Ahmad Ghani,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Zulinda memberitahu, keluarga mangsa telah dihubungi untuk membuat pengecaman mayat sejurus Kapal Maritim KM Tugau tiba di Jeti Kastam

“Kapal Maritim Tugau menyerahkan mayat kepada pihak polis lebih kurang jam 3.00 petang tadi untuk siasatan lanjut,” ujarnya.