BAKRI: Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming supaya tidak membuat kenyataan yang tidak sepatutnya mengenai pengerusi pakatan itu kerana “kita adalah satu pasukan”.

Kor Ming dilaporkan berkata dalam satu ceramah bahawa Pengerusi Pakatan Harapan dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahahir Mohamad tidak akan hidup lama.

“Kita tidak boleh cakap perkara macam tu. Dr Mahathir sudah membuat video mengatakan beliau mahu memperbetulkan kesilapan yang lalu dan ia suatu perkara yang baik,” kata Dr Wan Azizah, yang dikenali sebagai Kak Wan kepada pemberita selepas berucap pada ceramah di Bukit Naning di sini, Isnin.

Ditanya jika Pakatan Harapan akan menegur Kor Ming, beliau menjawab: “Anda perlu tanya DAP.”

Dalam klip video berdurasi kira-kira dua minit, Kor Ming kedengaran mengatakan bahawa DAP akan menggunakan Dr Mahathir dan bekas pengerusi Pakatan Harapan itu kemudian boleh pergi dan mengikut mendiang Lee Kuan Yew (bekas Perdana Menteri Singapura) untuk bermain mahjong.

Kor Ming bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan menentang penyandang kerusi itu iaitu Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Kor Ming turut bertanding bagi kerusi DUN Aulong, menentang Soo Kay Peng dari Barisan Nasional.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Kor Ming memohon maaf kepada Pakatan Harapan dan orang awam di atas nada dan bahasa yang keras digunakan dalam ucapannya – mstar

BERITA BERKENAANPAS Guna Agama Tipu Rakyat – Tun Mahathir