KUALA LUMPUR : Video Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee ‘naik suara’ terhadap penduduk Kampung Pulau Nibong yang tular di media sosial terus mendapat kecaman daripada netizen kerana disifatkan sebagai tidak profesional dan terlalu beremosi dalam menangani masalah rakyat

Sehingga jam 2 petang tadi, berita mengenai ‘ADUN DAP ‘panas’ ditegur penduduk dimuat naik di laman sosial Facebook BH, memperoleh lebih 4,000 komen dan dikongsi lebih 1,500 pengguna FB, malah turut ditonton lebih 17,000 pengguna di laman Youtube.

Rata-rata netizen tidak berpuashati dengan cara Norhizam menangani persoalan daripada penduduk Kampung Pulau Nibong yang disifatkan sebagai beremosi.

Antara komen natizen, Arsyad Gono berkata “PRU15 tolak pemimpin sebegini…klu dapat nk jk dilontar batu dgn Norhizam, xsedar diri.”

Myza Ahmad pula berkata “Ce ambik Najib jadi contoh. Hari-hari kena maki dgn rakyat dulu, steady je beliau. Siap naikkan BRIM lagi . Ni ko baru kena sikit dah menggelabah serupa apa.”

Manakala Maggie Lee You berkata “hv lost our respect for you. Don’t care who you are…jgn berlagak. Hormat orang tua sikit !’.

Natizen, Wan Najib berkata “Panas pon. Kau pmimpin….kena sabar…. Kalau perangai mcm iblis….panas baran….mcm mana ko nak jadi pmimpin….pnimpin apa tengking rakyat….. Tengking org lebih tua dari dya…yg betoi nya tak layak jadi pmimpin org mcm ni…kurang ajar,”

Manakala Nazirie Nazlie “Ramai penduduk menggunakan jln tersebut. Jln itu jalan alternatif dan bermanfaat kpd semua org. Jika ttup akan mendatangkan masalah dan kesusahan kpd rakyat. Penduduk taman itu pula komplain org yg guna jln tu pandu laju. Sebagai adun dan org yg berpendidikan sepatutnya lebih cerdik berbanding dgn org kampung yg dia kata tak sekolah tu.

Penyelesaiannya buat bonggol setiap 20m atau 30m. Confirm org xbawa laju dh. Selesai kes. Org ramai boleh guna dan pengguna pn xbawa laju. Yg kau pegi tutup tu kenapa. Pergi sekolah ke tak ni?Kau org berpendidikan mst kena selesaikan dgn cara yg cerdik,”.

Insiden berkenaan, berlaku apabila sekumpulan kira-kira 20 wakil penduduk kampung berkenaan, menghampiri dan menyapa Norhizam yang juga EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, yang hadir bagi menjelaskan isu penutupan jalan yang menjadi laluan utama penduduk selepas Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengambil keputusan menutup laluan itu pada 2 Oktober lalu.

Isu penutupan dua jalan alternatif di Taman Akasia, Pengkalan Batu, Melaka yang digunakan penduduk Kampung Pulai Nibong sebagai laluan utama.

Dalam rakaman video berdurasi kira-kira dua minit itu, merakam Norhizam bercakap secara kasar dengan seorang lelaki warga emas dan beberapa penduduk Kampung Pulau Nibong yang tidak berpuas hati dengan penutupan jalan alternatif sebagai laluan alternatif penduduk untuk akses ke jalan utama.

Penutupan jalan akan menyebabkan kesulitan kepada pengguna.

Norhizam bagaimanapun, berkata keputusan penutupannya (jalan) dibuat selepas penduduk berasakan keselamatan, terutama kanak-kanak tidak selamat apabila kenderaan yang melalui kawasan ini dipandu laju. Ia bukanlah (keputusan) atau alasan untuk lebihkan penduduk taman perumahan.

Norhizam bagaimanapun dalam sebuah laman web portal berita Melakakini, semalam mempersoalkan mengenai video tular yang dikatakan tidak adil buat dirinya, justeru beliau memberikan amaran keras supaya individu berkenaan menarik semula video itu atau tindakan undang-undang akan dikenakan ke atasnya – berita harian