SLIM RIVER: Pasukan Pilihan Orang Asli Muallim meleburkan rekod tanpa kalah Team MB dalam perlawanan bolasepak persahabatan di padang Kolej Vokasional Slim River pada Khamis petang.

IMG-20170721-WA0013

Dalam perlawanan yang diadakan sempena Program Permukiman Menteri Besar di Daerah Muallim itu, pasukan berkenaan menewaskan Team MB dengan jaringan 3 – 1.

Ketua Pasukan Team MB, Datuk Azhar Ahmad berkata, itulah kekalahan pertama mereka dalam siri perlawanan persahabatan yang diadakan.

IMG-20170721-WA0020

Sambil mengangkui kekalahan itu, Azhar berkata, keadaan padang yang tidak rata dan berpasir menyukarkan pemain-pemain, termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, untuk menunjukkan skillmasing-masing kerana bimbang berlaku kecederaan.

“Tambahan pula, purata umur pemain kami sekitar 55 tahun sedangkan pasukan lawan terdiri daripada pemain yang berumur belasan tahun,” katanya kepada Suara Perak.

Menurut Azhar, beliau dimaklumkan bahawa pasukan Pilihan Orang Asli Muallim juga merupakan juara Piala Datuk Mohd Khusairi.

IMG-20170721-WA0015

“Kita terima kekalahan dan kita juga bersedia untuk mengadakan perlawanan ulangan tetapi di gelanggang yang lebih baik,” ujarnya.