SUNGAI MANIK: Orang Melayu harus mengetepikan perbezaan politik sebaliknya meletakkan agama sebagai asas penyatuan ummah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika semua berbezaan politik dilayani tanpa noktah, maka perpecahan dalam kalangan umat Melayu sudah tentu tiada penghujungnya.

“Ketepikanlah perbezaan atas perkara-kara yang furuk atau cabang biarpun kita mempunyai warna dan siasah yang berbeza.

“Kita ‘berperang’ lima tahun sekali, biarlah ‘perang datang dan pergi’ namun titik noktah kepada perpecahan sesama kita harus dicari,” katanya.

ef8be36c-f123-4048-9aff-989ae5c55378

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Semarak Mahabbah di Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Islah, Sungai Lampam, Sungai Manik di sini pada Ahad.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, ADUN Kampung Gajah, Datuk Abdullah Fauzi Ahmad Razali dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun.

Di majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM680,000 untuk naik taraf, pembinaan gelanggang futsal berbumbung dan pembinaan dewan tertutup untuk Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Islah.

Menurutnya, sumbangan itu sebagai tanda keprihatinan beliau kerana menyedari akan kekurangan yang dialami di sekolah-sekolah agama.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid sekali lagi memberi bayangan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan diadakan sebelum Hari Raya Puasa.

“Kita ada tiga hari raya. Raya Cina sudah lepas. Sebelum Raya Haji ada Raya Puasa, tapi sebelum Raya Puasa ada satu ‘hari raya besar’,” katanya.