SEORANG jurugambar terkejut apabila mendapati kamera yang disembunyikan di dalam sebuah hutan terpencil di kepulauan Borneo dipenuhi dengan gambar selfie orang utan.

Ian Wood menyembunyikan kameranya di dalam sebuah hutan itu dengan harapan mahu mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kehidupan dan gelagat haiwan terbabit.

Kamera tanpa wayar itu dihubungkan dengan telefon bimbit jadi dia boleh melihat apa yang sedang berlaku tanpa mengganggu haiwan berkenaan.

Namun apa yang mengejutkannya adalah tindakan orang utan yang berusia dalam lingkungan tiga tahun menemui kamera yang disembunyikan itu.

CaptureHaiwan tersebut menggoncang kamera tersebut sebelum bertindak memecahkan skrin LCD.

Malah orang utan itu turut memasukkan kamera itu ke dalam mulutnya dan menekan butang utama serta mengambil ratusan gambar selfienya.

“Saya melihat aksi orang utan itu menerusi iPhone yang dihubungkan ke kamera dengan menggunakan jaringan Wi-Fi.

“Selepas 30 minit, orang utan itu membawa bersama kamera tersebut naik ke atas pokok.

“Meskipun kamera tersebut dijatuhkan orang utan itu, ia masih lagi berfungsi,” kata Wood.

-mStar