Nanjing, China: Tindakan seorang lelaki melintas landasan di sebuah stesen kereta api laju di sini membawa padah apabila dia maut akibat tersepit di celah kereta api dan lantai platform.

Beberapa rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan lelaki itu tiba-tiba berlari melintas landasan ketika sebuah kereta api menghampiri platform di Stesen Kereta Api Nanjing Selatan, kelmarin.

Bagaimanapun, ketika cuba memanjat platform mangsa dilanggar kereta api berkenaan menyebabkan dia tersepit antara badan kenderaan itu dengan lantai platform.

Pihak berkuasa percaya, lelaki itu berada di platform yang salah dan bertindak melintas landasan kerana tidak mahu terlepas kereta api.

Perkhidmatan kereta api laju itu menghubungkan bandar Shanghai dan Wuhan.

-myMetro