Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Seorang penjenayah yang mempunyai 22 rekod lampau kempunan apabila cubaannya meragut sebuah beg tangan milik seorang wanita berhampiran kawasan Ipoh Padang membawa padah apabila dia dicekup dua jam selepas kejadian.

Dalam kejadian sekitar 4 petang Selasa, suspek dipercayai telah meragut seorang wanita di kawasan bank sebelum dicekup oleh pihak polis yang tangkas bertindak dalam masa kurang dua jam.

4331a49a-8c49-427b-8c80-ac88ef830917Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata tangkapan lelaki berkenaan juga telah menyelesaikan sebanyak empat kes yang dilaporkan di sekitar Kanthan baru, Jelapang dan Chemor.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis daripada Balai Polis Sentral telah pergi ke sebuah pondok berhampiran kebun sayur di belakang kilang Uniplaster di jalan besar Jelapang-Chemor.
“Setibanya polis di tempat kejadian, polis ternampak suspek yang cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan di antara suspek dan pihak polis.

“Pemeriksaan lanjut ke atas suspek menjumpai tiga buah telefon bimbit di poket kanan seluar suspek, selain beg tangan jenama “Bonia” , antara barangan yang baru sahaja diragut mangsa,”katanya lagi.

 

Jelasnya, wanita yang diragut tersebut difahamkan merupakan seorang kakitangan bank di Ipoh dan pemeriksaan mendapati kesemua barangan adalah berkaitan dengan laporan yang dilakukan ke atas suspek pada hari sama.

Jelasnya, hasil siasatan suspek yang dibawa ke Balai Polis Sentral tersebut telah membongkar kesemua kegiatan ragutnya selama ini kepada pihak polis dengan rela hati.

“Semasa disoal siasat saspek telah mengaku malah nak bawa polis kesemua tempat di mana dia lupuskan semua barang-barang curi,” menurut Mohd Ali.

Jelasnya, suspek kemudian membawa pihak polis ke Jalan pasir berhampiran flat Waller Court, Jalan Lim Bo Seng iaitu lokasi membuang barang untuk menunjukkan hasil samun beliau.

“Kami telah menemui satu kad pengenalan, lesen memandu, tiga kad bank dalam sebuah beg berwarna oren yang bersangkut dengan laporan polis di Jelapang sebelum ini,” katanya.

Kesmua kes akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, katanya.