MEMBUANG sampah merata-rata tanpa rasa bersalah walaupun tong sampah yang disediakan hanya senjengkal, itulah sikap segelintir daripada mereka mempunyai mentaliti kelas ketiga. Sikap tidak peduli tentang kebersihan alam sekitar dengan melepaskan tanggungjawab itu kepada kontraktor lantikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mengendalikan urusan kutipan sampah, membuatkan situasi ini bertambah parah.

“Nampaknya isu sampah lebih baik berbanding dulu, ada kontraktor MBI datang kutip sampah ikut jadual, tetapi ada juga sampah di dalam taman rekreasi yang dibuang oleh segelintir pengunjung.“Semua bermula dari sikap, bukan peniaga saja tetapi orang ramai yang datang ke sini pun patut jaga kebersihan bersama, setakat ini Padang Polo makin indah,” Zairy.

Mentaliti Masyarakat Kelas Berapa?

Apa itu mentaliti kelas ketiga? Ia ditakrifkan sebagai kegagalan menggunakan kuasa berfikir sebenar ke tahap paling maksimum, seimbang dengan kedudukan pemikiran masyarakat yang boleh dianggap maju serta bertamadun.

Bagaimanapun, kesedaran orang ramai mengenai isu ini semakin bertambah, contoh paling dekat boleh dilihat di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau dikenali dengan nama Padang Polo, kerana terletak berhampiran dengan Ipoh Turf Club. Deretan peniaga trak makanan di sini menjadi sebahagian tarikan orang ramai, di samping pengunjung datang ke Padang Polo untuk bersenam atau beriadah pada waktu lapang.

Padang Polo Semakin Ceria

Keadaan Padang Polo dahulunya tidaklah secantik dan bersih seperti sekarang, boleh dikatakan jauh berbeza dari segi landskap, kemudahan asas seperti lampu limpah di waktu malam. Perkara itu diakui sendiri oleh beberapa pengusaha trak makanan yang mencari sumber rezeki berpuluh tahun lamanya di sini. Salmah Murad yang mengusahakan perniagaan Laksa Kedah memberitahu para peniaga yang ada di sekitar Padang Polo akan menguruskan sisa-sisa makanan dan sampah setelah selesai beroperasi.

“Pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sudah maklumkan pada kami supaya menjaga kebersihan dan elak buang sampah merata-rata, sebagai peniaga kami faham dan ikut peraturan. “Sebab itu sebelum pulang ke rumah apabila selesai berniaga, kami akan sapu sampah di sekitar kawasan trak makanan, kumpulkan sampah dan buang sendiri untuk elak binatang liar koyakkan plastik sampah. Kami faham kalau sampah dibuang merata-rata,

ramai yang akan buat aduan, tambahan pula trak makanan ini dekat dengan kediaman orang, pihak MBI pun ada tegur jika ada kesalahan yang kami buat,” katanya.

Zairy akan memastikan sampah sarap dan sisa makanan dikutip dan
dibersihkan sebelum gerai ditutup

Bermula Dari Sikap Seorang lagi pengusaha makanan, Zairy Zulkarnain berkata, masalah sampah di taman rekreasi itu kadangkala berpunca dari sikap pengunjung yang gemar membuang sisa makanan serta plastik ketika beriadah.

“Nampaknya isu sampah lebih baik berbanding dulu, ada kontraktor MBI datang kutip sampah ikut jadual, tetapi ada juga sampah di dalam taman rekreasi yang dibuang oleh segelintir pengunjung. “Semua bermula dari sikap, bukan peniaga saja tetapi orang ramai yang datang ke sini pun patut jaga kebersihan bersama, setakat ini Padang Polo makin indah,” ujar Zairy.

Sementara itu, seorang pengunjung Padang Polo, Nadia Mohamed Radhil ketika ditemui berkata, masih banyak perubahan yang boleh dilakukan untuk mengindahkan kawasan sekitar, termasuk kemudahan asas. Penaiktarafan itu akan membantu menaikkan imej

bandar raya Ipoh, di samping menonjolkan tempat wajib dikunjungi oleh pelancong. “Bukan setakat kebersihan tetapi kemudahan seperti tempat permainan untuk kanak-kanak, banyakkan pokok bunga serta perbanyakkan tandas awam di sini, sebab apabila hujung minggu akan sesak dengan pengunjung,” kata Nadia.

Menerusi maklum balas dari Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melaksanakan beberapa penambahbaikan seperti melantik kontraktor landskap di kawasan taman rekreasi itu.

“Skop kerja kontraktor termasuk pemotongan rumput dua kali sebulan, pembersihan sampah dan menjaga kebersihan di seluruh kawasan taman selain pihak MBI memantau aktiviti perniagaan berlesen di tepi kawasan taman. “Bagi penyelenggaraan sampah penjaja berlesen atau tidak berlesen ianya di bawah pengawalan Jabatan Kesihatan yang memantau aktiviti mereka di samping mengambil tindakan kepada yang melanggar syarat lesen,” katanya ketika dihubungi Suara Perak.

Orang ramai menjalankan pelbagai aktiviti riadah dan senaman di Padang

Dalam pada itu Zamri berkata pemasangan trek dengan menggunakan lapik getah di kawasan strategik bertujuan untuk menaikkan imej kawasan tersebut sebagai taman rekreasi utama di Ipoh. “Pemasangan lampu juga telah memberikan pencahayaan di kawasan taman untuk memastikan keselamatan pengunjung pada awal pagi dan lewat petang,” katanya.