Subscribe Now

Trending News

PAFA sambut baik keputusan FAM
Dalam Negeri

PAFA sambut baik keputusan FAM 

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) menyambut baik keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggunakan pengadil Jepun dalam final Piala FA pada 27 Julai ini.

Setiausaha Kehormat Pafa, Tajul Hasnan Omar berkata, adalah sesuatu yang positif apabila FAM mahu mencuba pembaharuan menggunakan khidmat pengadil luar apatah lagi dalam perlawanan besar seperti final Piala FA kali ini.

Menurutnya, penggunaan pengadil dari luar negara mungkin dapat memuaskan hati pemain dan penyokong kedua-dua pasukan.

“Bagi saya penggunaan pengadil luar tidak menjejaskan imej atau martabat pengadil tempatan. Kami menerima sesiapa sahaja yang menjadi pengadil asalkan adil.

“Langkah ini merupakan pendekatan baharu yang wajar disambut baik dan mungkin boleh mengelak kontroversi semasa perlawanan akhir nanti,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mengulas kekecewaan pengadil Piala Dunia 2010, Subkhiddin Mohd. Salleh terhadap tindakan FAM tersebut, Tajul Hasnan berkata, keputusan FAM itu wajar diterima.

Jelasnya, keputusan itu tidak harus dijadikan isu atau dipanjangkan lagi kerana FAM mempunyai pendapatnya sendiri.

 

– UTUSAN

Related posts