Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Pahang meleburkan peluang pasukan PKNP FC untuk ke perlawanan akhir Piala FA dengan mendahului 2-1 dalam separuh akhir kedua di Stadium Perak,pada Ahad.

Aksi kesebelasan utama Tok Gajah itu bermula pada jaringan pertama yang disusun kemas oleh Augustine Amathu pada minit ke-32 dengan menembusi gawang gol PKNP FC.

Asakan itu berterusan melolosi benteng pertahanan tuan rumah dengan sepakan padu oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-75 sekaligus melengkapkan tiket pasukan pelawat untuk menentang Selangor pada 7 Julai ini.

Dengan agregat 3-2, kesemua anak buah jurulatih terkemuka tanah air Dollah Salleh itu juga diuji penuh deras oleh pasukan PKNP pada separuh masa pertama.

Cubaan pertama menerobos ke dalam pintu gol lawan didahului oleh kapten pasukan PKNP FC, Hafiz Ramdan namun sepakan pada minit ke-28 itu gagal melepasi penjaga gol Pahang, Helmi.

Rentetan asakan Pahang berjaya apabila serangan balas mereka menembusi pintu gol Asyaraaf Omar menerusi rembatan kemas Amuthu dari luar kotak penalti.

Separuh masa kedua,pasukan kendalian Abu Bakar Fadzim itu cuba bangkit kembali dengan taktikal menarik namun masih gagal melepasi pertahanan Pahang.

Malah, serangan pada minit ke-70 menyaksikan pasukan tuan rumah gagal menggunakan sepenuhnya dua kali peluang keemasan dan mendapatkan mata bagi PKNP.

Pantang berundur, Franklin Anzite berjaya menebus satu jaringan gol kepada tuan rumah melalui sepakan penalti ke kubu lawan pada minit ke-81.