IPOH: Cuaca panas terik di sekitar Ipoh tidak menghalang kemeriahan larian membawa Bendera Sang Saka Bangsa peringkat Perak yang diteruskan hari ini.

Kira-kira 300 ahli UMNO Bahagian Tambun yang diketuai Ketua Pemudanya, Mohamad Ziad Mohamed Zainal memulakan larian dari Kanthan, Chemor kira-kira 10 pagi selepas menerima bendera dari Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput, Datuk Dzolkafly Harun.

Bendera itu seterusnya diserahkan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Azizul Kama Abdul Aziz kepada Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

Bendera kemudiaanya diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur, Datuk Azian Osman di pekarangan Wisma UMNO Perak yang turut dihadiri Ketua Pemudanya, Hairul Anwar Mohamed Nor.

Selepas solat Zohor, Azian, Hairul dan lebih 200 rombongan mereka meneruskan larian untuk menyerahkan Bendera Sang Saka Bangsa kepada UMNO Bahagian Gopeng yang diterima Ketuanya, Datuk Hamzah Mohd Kasim di Medan Gopeng.

Hamzah bersama-sama Naib Ketuanya, Mohamad Annuar Baharudin dan Ketua Pemudanya, Mohamad Adli Bin Dato’ Tahiruddin meneruskan larian bersama-sama lebih 200 ahli untuk menyerahkan bendera kepada UMNO Bahagian Kampar di Lawan Kuda.

WhatsApp Image 2017-05-08 at 15.54.33(1)