KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membangunkan satu pangkalan data peme­gang ijazah doktor falsafah (PhD) bagi semua universiti awam di negara ini untuk memudahkan semakan secara setempat dalam usaha membendung isu pengeluaran kelulusan akademik palsu.

Timbalan Menterinya, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, pangkalan data tersebut juga boleh digunakan untuk menyemak senarai penerima anugerah ijazah kehormat, profesor emeritus, profesor diraja dan profesor ulung.

“Kementerian kini telah membangunkan satu pangkalan data pemegang PhD bagi semua universiti awam untuk memudahkan semakan secara setempat berbanding sebelum ini, apabila data hanya disimpan oleh universiti masing-masing,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Teluk Kemang) pada sesi lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

-Kosmo Online