IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri Perak memantau premis yang disyaki menjual samsu haram, yang menyebabkan dua lelaki buruh asing meninggal dunia pada Rabu kerana keracunan metanol.

Pegawai penguatkuasa jabatan turut membuat pemeriksaan mengejut premis-premis berkenaan.

Exco Kesihatan Sumber Manusia, Hal Ehwal Pengguna dan Intergrasi Nasional Negeri Perak, A. Sivanesan berkata, kejadian seumpama itu pernah berlaku tahun lalu, yang melibatkan enam kematian warga asing di Perak.

“Mereka disyaki telah minum samsu haram mengandungi alkohol, contain alkohol yang agak tinggi.

“Ini bukan kali pertama tahun lepas pun ada kejadian yang sama di Bercham Ipoh.

“Kita telah membuat pemantauan dan tindakan telah diambil melalui Jabatan Kesihatan dan pihak polis dan lebih kurang 10 bulan selepas tidak ada kejadian, tiba-tibanya sekarang berlaku lagi,” katanya.

Beliau mengulas kematian dua lelaki, masing-masing warga Bangladesh dan Myanmar maut ketika mendapat rawatan di Hopital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, disyaki kerana keracunan metanol.

Kedua-dua mangsa dilaporkan berada di dalam keadaan kritikal semasa dimasukkan ke hospital pada 28 April dan meninggal dunia awal pagi Rabu