IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan melaksanakan tempat letak kereta berkupon di Pusat Komersial Jelapang dan Meru Raya mulai 1 Februari ini.

Setiausaha MBI, Mohd Zakuan Zakaria berkata, sebanyak dengan pelaksanaan itu.

Menurutnya, warga bandar raya kini mempunyai dua pilihan untuk membayar caj letak kereta sama ada menggunakan kupon bergores atau e-kupon melalui Park@Perak.

“Bagi kupon bergores pula, Kerajaan Perak melaksanakan kupon seragam yang boleh digunakan di semua kawasan Majlis (PBT) di Perak pada kadar caj letak kereta sama.

“Kupon seragam ini mula dijual kepada orang awam mulai 28 Januari baru-baru ini,” katanya pada Majlis Mesyuarat Penuh MBI bagi bulan Januari di Bilik Mesyuarat Utama MBI di sini, hari ini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Zakuan berkata, Pekan Lama Ipoh mula mendapat tempat sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di dunia melalui kerjasama erat antara Kerajaan Perak, MBI dan pemilik-pemilik taruh di kawasan tersebut.

“Perancangan yang bermula sejak Ipoh Town Plan 1931 diikuti Pelan Struktur Ipoh 1991, Rancangan Tempatan Pusat Bandar Ipoh 1997, Rancangan Tempatan Ipoh 2020 yang diwartakan pada 2012.

“Rancangan Kawasan Khas Pekan Ipoh 2020 pula diwartakan pada 2014 dan semuanya membantu menjadikan Ipoh sebuah bandar raya lestari yang mempunyai nilai warisan sejarah tinggi,” katanya – sinar harian