KALIKOT: Dua banduan yang menjalani hukuman penjara kerana membunuh pasangan masing-masing mengambil keputusan untuk berkahwin walaupun akan dapat hidup bersama 14 tahun lagi.

Dilli Koirola, 33, dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun kerana membunuh isterinya, manakala Mimkosha Bista perlu menghabiskan baki empat tahun lagi hukuman penjara kerana membunuh suaminya.

Bagaimanapun mereka hanya akan dapat bersama dalam tempoh 14 tahun lagi selepas pengantin lelaki dibebaskan.
Ketika ini, pasangan itu ditahan di penjara di daerah ini dimana ia adalah penjara kecil di luar bandar barat Nepal dengan hanya 53 tahanan iaitu 50 lelaki dan tiga wanita.

Pasangan itu tidak pernah bertemu antara satu sama lain sebelum melangsungkan perkahwinan yang dipertemukan ibu Koirola yang juga berada di penjara kerana membantu anaknya membunuh isterinya.

“Dia membunuh isterinya dan saya pula membunuh suami saya. Ibunya sukakan saya dan itu adalah satu sebab saya rapatnya dengannya,” kata Bista, 30, kepada akhbar Republica ketika ditemui selepas majlis perkahwinan.

“Upacara perkahwinan disaksikan kakitangan penjara dan banduan lain,” kata pegawai penjara Sanjay Mahota kepada AFP.

Bagaimanapun pasangan itu tidak dibenarkan untuk tinggal bersama-sama dalam penjara bagi mematuhi peraturan di situ di mana banduan lelaki dan perempuan ditempatkan di bahagian berasingan.

“Tetapi pihak penjara telah membuat keputusan untuk membolehkan mereka bertemu dua kali sebulan,” katanya.

Sementara itu, peguam Danam Raj Bam yang menghadiri perkahwinan luar biasa itu memberitahun AFP, pasangan itu mengambil keputusan untuk berkahwin kerana mungkin tidak akan bertemu pasangan lain yang bersedia menerima mereka.

“Oleh kerana kami melakukan jenayah yang sama, tentunya kami tidak akan memandang rendah antara satu lain,” kata Koirola.

-AFP