IPOH: Sepasang suami isteri warga emas terperangkap dalam lif sebuah pasar raya di Meru Ipoh selama lebih 24 jam.

Mangsa Md Dahalan Baki, 74 dan Ahadiyah Zakaria 70, terperangkap di dalam lif rosakĀ itu dari jam 11.30 pagi Jumaat sehingga jam 1 tengah hari Sabtu sebelum diselamatkan oleh pihak bomba.

Difahamkan kejadian itu disedari oleh anak perempuan mangsa selepas pasangan berkenaan tidak pulang ke rumah sejak keluar untuk membeli belah di pasar raya berkenaan pada Jumaat.

Kedua-dua mangsa dijumpai dalam keadaan lemah di dalam lif itu selepas anaknya pergi ke pasaraya berkenaan untuk mencari mereka bersama-sama pengawal pasaraya pada Sabtu.

Kedua-dua mangsa yang enggan ditemubual akibat masih dalam keadaan trauma difahamkan telah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurusan pasaraya tersebut.

Pengurusan pasaraya ketika ditemui pula memberitahu pihaknya turut sedang melakukan siasatan dalam mengenai kejadian itu dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Sum Chang Keong mengesahkan telah menerima laporan polis mengenai insiden itu yang dibuat oleh salah seorang ahli keluarga mangsa.