Subscribe Now

Trending News

Pasar Besar Kota Marudu Terbakar
Nasional

Pasar Besar Kota Marudu Terbakar 

KOTA MARUDU 16 Feb. -Sebuah pasar besar daerah ini terbakar dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Ronie Sikawan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.07 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian menggunakan dua buah jentera dan tiga utiliti bersama 12 anggota.

“Pasukan Bomba melakukan operasi pemadaman menggunakan satu aliran dan dua pancutan air dari pili berdekatan.

“Kejadian kebakaran itu melibatkan sebuah pasar besar dua tingkat terbakar 100 peratus di tingkat atas dipercayai kedai menjual pakaian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ronie berkata, bagaimanapun kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 4.50 pagi dan operasi berjaya ditamatkan sepenuhnya pada pukul 7 pagi tadi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Related posts