TAPAH: Pasu tuala, produk unik yang dihasilkan oleh pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Teratak Qaseh bakal dipasarkan di Kompleks Silveritage Galleria di Medan Gopeng, Ipoh, tidak lama lagi.

Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI), Datin Seri Saripah Zulkifli berkata, produk itu dikenal pasti sebagai berpotensi untuk dijual di kompleks tersebut.

7be61a34-6f60-44c2-b887-3f975d54c97dKatanya, BAIDURI kini sedang menjalankan pencarian dan saringan produk di setiap PDK dan turut dijalankan menerusi program Permukiman Menteri Besar.

“Apabila kami mengadakan ziarah PDK di setiap program permukiman, secara tidak langsung ada produk yang dihasilkan oleh pelatih sangat menarik, contohnya pasu tuala ini.

 

“Pasu yang diperbuat daripada tuala ini merupakan cetusan idea penyelia PDK Teratak Qaseh yang mahu memberikan kelainan dalam produk yang dihasilkan mereka,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis Ziarah Kasih di PDK Teratak Qaseh di sini pada Khamis.

aac1ace1-6c38-46f9-9341-c757d1508411

5a1da9ea-02f4-40da-a098-5d8227b9a0e9

Selain PDK tersebut, beliau dan ahli-ahli BAIDURI turut menziarahi tiga PDK lain iaitu PDK Kampar, PDK Bidor dan PDK Tapah.

Saripah memberitahu, lot kedai PDK di Silveritage Galleria hampir siap dan akan dikelolakan untuk pameran serta jualan produk hasil tangan pelatih PDK dari seluruh Perak.

Sementara itu, Penyelia PDK Teratak Qaseh, Zulaikha Zainal Abidin berkata, kejayaan mencipta pasu tuala itu akan menjadi pendorong kepada dirinya untuk membantu pelatih berdikari.

“Mungkin ini PDK pertama yang membuat pasu tuala. Proses membuatnya juga mudah iaitu hanya menggunakan tuala baharu atau terpakai, simen dan acuan seperti tong atau baldi.

“Idea ini tercipta sewaktu saya mencari maklumat di internet. Pada saya, produk pasu tuala sememangnya menarik dan boleh dibuat sendiri oleh pelatih PDK,” katanya.

5e2227ed-1afa-49a2-b507-e84911e64080Zulaikha berkata, proses membuat pasu itu cukup mudah iaitu membancuh simen dengan air, kemudian tuala dicelup dan dibiarkan dalam acuan yang menyerupai pasu seperti balang atau tong cat.

Selepas itu, katanya, ia perlu dijemur di tengah panas selama beberapa jam.
Dia yang dibantu oleh tiga orang pelatih, merancang untuk mempelbagaikan bentuk dan corak pada pasu tuala yang dihasilkan.