IPOH: Pasukan khas Negeri Perak bagi membantu mangsa pasca banjir di Pulau Pinang berlepas ke negeri itu, awal pagi ini.

Pasukan itu diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Modal Insan negeri, Datuk Saarani Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikna Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Rusnah Kassim.

Mereka yang turut disertai oleh beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dijangka berkumpul untuk menerima taklimat oleh wakil Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Utara, Kepala Batas.

61acc0c5-e144-43b6-8b3d-840bb78a8121

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dijadualkan menyertai kerja-kerja membantu dan mengagihkan sumbangan mangsa banjir di kawasan yang telah dikenal pasti.

Kelmarin, Dr. Zambry mengumumkan keputusan kerajaan negeri Perak yang telah memperuntukkan sejumlah RM100,000 sebagai usaha membantu pengurusan pasca banjir di Pulau Pinang.

Menurut beliau, peruntukan berkenaan akan digunakan untuk membeli peralatan yang diperlukan untuk membantu mangsa-mangsa terlibat.