IPOH: Kedua-dua pasukan ragbi lelaki dan wanita SUKMA Perak berjaya melangkah ke peringkat suku akhir yang dijadualkan pagi esok.

Dalam persaingan peringkat kumpulan yang berlangsung di Stadium Ragbi Perak hari ini, pasukan lelaki menumpaskan Pulau Pinang 36-0 sebelum menewaskan Perlis 19-12.

Pasukan wanita pula berjaya menewaskan Wilayah Persekutuan 12-7 sebelum tewas 7-27 kepada Selangor.

Pasukan lelaki akan bertemu Kelantan di peringkat suku akhir manakala pasukan wanita akan bertemu Johor.

Lain-lain perlawanan suku akhir bagi kategori lelaki ialah Terengganu vs Perlis, Wilayah Persekutuan vs Kedah dan Negeri Sembilan vs Selangor.

Tiga lagi perlawanan suku akhir kategori wanita ialah antara Sabah vs Wilayah Persekutuan, Sarawak vs Kedah dan Selangor vs Terengganu.