SLIM RIVER: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mahu lebih banyak Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dibina di daerah-daerah dan kawasan yang sesuai di negeri ini.

“Selama ini kita asyik menekankan soal keperluan untuk orang muda sehingga terlupa bahawa warga emas juga perlu diberi perhatian,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan tengahari bersama peneroka Felda Sungai Behrang di sini pada Rabu.

907d125e-f65d-436c-80cb-b341b0a32fc5

Terdahulu Menteri Besar merasmikan PAWE Slim Village di Kampung Sawa yang turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri, S Thangeswary, Exco kerajaan negeri, Datuk Rusnah Kasim, Pegawai Daerah Muallim, Nor Sham Rahman dan Pengarah JKM Perak, Rosnawati Ishak.

5b6a66fa-fb5f-4d03-aa7b-770afa5f6fc7

Dr Zambry berkata, dengan adanya PAWE, ia juga dapat mengurangkan masalah di kalangan warga emas, melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut.

869e52fb-6303-48d1-90ef-cef529fd6e05Terdahulu di dalam ucapannya, beliau berkata, PAWE adalah salah satu projek di dalam program Perak Amanjaya yang memberi peluang warga emas untuk bergaul dengan kumpulan yang sebaya dengan mereka.

Beliau berharap masyarakat setempat dapat memanfaatkan pusat itu dengan baik.