Subscribe Now

Trending News

PBB pindah semua pejabat ke Putrajaya
Nasional

PBB pindah semua pejabat ke Putrajaya 

PUTRAJAYA 7 Feb. – Setelah 30 tahun berpusat di Damansara Height, Kuala Lumpur, pejabat-pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kini telah berpindah di lokasi baharu iaitu di Menara Putrajaya Holdings (PjH), Presint 2 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Majlis perasmian pejabat baharu itu telah disempurnakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini.

Pejabat tersebut antaranya menempatkan Penyelaras ResidenĀ PBB (RCO), Program Pembangunan PBB (UNDP), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Dana Populasi PBB (UNFPA).

Anifah berkata, Malaysia kekal komited untuk bekerja rapat serta menjalankan kolaborasi bersama pejabat-pejabat PBB di semua peringkat bagi memastikan pembangunan dan kemajuan dalam segala aspek, dengan mengambil kira kepentingan negara.

Beliau menegaskan, kementerian memberi jaminan akan memberi kerjasama penuh kepada kerja-kerja PBB di negara ini.

“Sejak menyertai PBB pada September 1957, Malaysia telah menjadi ahli yang aktif dalam mempromosikan tiga asas sistem PBB iaitu keamanan dan keselamatan, hak asasi manusia serta pembangunan,” katanya ketika berucap. – UTUSAN ONLINE

 

Related posts