KOTA BHARU: Seorang pegawai polis ditembak mati di siang hari di pejabatnya di Pasir Puteh.

Inspektor Ahmad Al-Syamir Sharif Folidin ditemui dengan luka di kepalanya akibat peluru pada pukul 9.40 pagi Khamis.

Mangsa dipercayai ditembak menggunakan sepucuk pistol jenis P99 Walther.

Balai Polis Kontinjen Pasir Puteh mengesahkan insiden itu.

Ahmad yang berasal dari Selangor berkhidmat di jabatan jenayah komersil di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh sejak 8 Mei tahun lalu.
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2017/06/01/polis-mati/#1g6ZYK2qqw4K7Pmx.99