Subscribe Now

Trending News

Pegawai Tentera : Mayat Dijumpai 600 Meter Dari Tempat Jatuh
Nasional

Pegawai Tentera : Mayat Dijumpai 600 Meter Dari Tempat Jatuh 

TELOK KEMANG 25 Dis. – Mayat seorang pegawai tentera, Leftenan Kolonel Abdul Rashid Shahdan, 54, ditemukan hari ini selepas dilaporkan lemas akibat terjatuh ke dalam lombong di Kampung Pengkalan Durian, Linggi, dekat sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Mohd. Faisal Mohd. Noor, berkata, mayat Abdul Rashid ditemukan pada pukul 9.30 pagi ini dalam operasi menyelamat.

“Mayat mangsa dijumpai oleh orang kampung bersama polis dan anggota penyelamat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di permukaan air lombong dengan jarak 600 meter dari tempat mangsa jatuh.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan operasi mencari dan menyelamat telah ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.30 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Semalam, Abdul Rashid ke kawasan lombong berkenaan bersama tiga anak saudaranya berusia 11 dan 13 tahun untuk beriadah sebelum dipercayai turun ke dalam lombong itu.

Mangsa kemudiannya dihanyutkan air deras sebelum hilang. – UTUSAN ONLINE

Related posts