SHAH ALAM: Peguam mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim, Syazlin Mansor menarik diri dalam prosiding inkues kematian anggota bomba itu.

Perkara itu dimaklumkan sendiri peguam berkenaan di hadapan Koroner Rofiah Mohamad ketika prosiding baru bermula hari ini.

“Dengan penarikan diri, saya percaya tindakan memanggil semula saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, terbatal,” katanya.

Peguam mewakili keluarga Muhammad Adib, Ahmad Taufiq Baharun, memaklumkan kepada Koroner pihaknya tidak mempunyai saksi lain untuk dipanggil memberi keterangan ketika ini dan menyerahkan perkara itu kepada mahkamah.

Prosiding inkues yang memasuki hari ke-35 hari ini ditangguhkan seketika.

Pada 17 Mei lau, Rofiah membenarkan Dr Shahrom dipanggil memberi keterangan semula selepas Syazlin membuat permohonan berkenaan – Berita harian