IPOH- Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah bas di Jalan Tambun, berdekatan Hotspring Tambun, di sini, pada awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, akibat rempuhan itu, mangsa yang berusia 19 tahun maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal pihak polis mendapati bas yang dipandu dari The Haven Resort untuk menghantar pelancong menghala ke Hotel Sun Inns Tambun.

“Apabila bas itu memasuki simpang di tempang kejadian, tiba-tiba mangsa merempuh bas tersebut dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Ali berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi tujuan bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan.