IPOH: Sempena program permukiman Menteri Besar di Daerah Batang Padang dan Kampar, Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) memberikan fokus kepada pelajar-pelajar SPM dengan inisiatif turun padang mengenalpasti hala tuju pendidikan dan kerjaya mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif PEKA, Ameron Zulqarnaen Yeop Rashidi berkata, ia penting kepada pembangunan sumber manusia negeri Perak bagi PEKA dapat mengenalpasti kerjaya yang bersesuian untuk disalurkan kepada pihak syarikat.

Menurut beliau, PEKA juga melaksanakan pelbagai program berkonsepkan kerjaya, kemahiran dan keusahawan kepada pelajar sekolah, graduan dan belia-belia bersempena program permukiman itu.

“Sempena pemukiman kali ini, kami akan melaksanakan empat program bagi membantu pelajar mengenal pasti potensi dan kerjaya yang sesuai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Empat program itu ialah:-

1. Eksplorasi Aliran Kerjaya (PEAK) pada 27 September di dewan serbaguna UiTM Tapah bagi memberi pendedahan dan mempromosikan latihan kemahiran dalam usaha memantapkan kebolehpasaran graduan dan pelajar.

PEAK juga mengambil konsep Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan mengambil aspirasi, idea-idea pelajar-pelajar tentang sistem pendidikan, kerjaya, kemahiran dan pembangunan negeri Perak.

Panel PEAK adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Datuk Aminudin Hashim dan Ameron sendiri.

Peserta melibatkan pelajar-pelajar semester akhir seramai 300 orang dan pelajar-pelajar melontarkan pelbagai aspirasi diantaranya ingin melihat Perak mempunyai sistem pendidikan yang berteknologi dan sistematik.

2. Dua Program Terajui Eksplorasi Kerjaya Anda (TEKAD) pada 28 September di SMK Seri Kampar, Kampar dan di SMK Datuk Panglima Perang Kiri, Tapah pada 29 September.

TEKAD pula ialah satu program membantu pelajar yang akan menduduki SPM dan STPM untuk mendapatkan penerangan mengenai jurusan pendidikan di IPTA/S selepas mereka tamat di tingkatan 5 dan 6.

Selepas mengikuti sesi TEKAD yang mempunyai tiga aktiviti iaitu pameran kerjaya, permainan ‘board game’ dan ‘DISC test’.

Ketiga-tiga sesi ujian ini akan membantu pelajar-pelajar ini untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang halatuju selepas habis peperiksaan SPM dan STPM.

3. Karnival Pendidikan Tinggi dan Kerjaya @ Batang Padang dan Kampar pada 30 September di Mini Stadium Tun Ahmad Sarji, Tapah.

Sebanyak 10 syarikat bersama-sama 10 Institusi Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi dijangka mengambil bahagian di dalam karnival itu.