PARIT: Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) mengorak selangkah lagi dalam usaha mempelbagaikan peluang anak muda di Perak telah menubuhkan Kelab Petani Muda bagi menarik penyertaan mereka yang berminat di dalam sektor pertanian.

Majlis pelancaran kelab disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahya sempena Program Skills @ PEKA di SMK Iskandar Shah di sini pada Rabu.

Program yang dianjurkan sempena Permukiman Menteri Besar di Daerah Perak Tengah, turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PEKA, Ameron Zulqarnaen Yeop Rashidi.

Shahrul Zaman di dalam ucapannya berkata, sektor pertanian sekarang sudah jauh berubah ke arah yang lebih moden dan mampu menjamin masa depan.

Bagaimanapun, beliau berharap, pelajar sekolah yang berminat supaya memastikan mereka menamatkan persekolahan terlebih dahulu dan melanjutkan pengajian masing-masing setinggi yang boleh.

“Jangan habis sekolah terus berhenti atau bekerja, sebaliknya belajar sampai setinggi mungkin samada ke IPTA atau IPTS atau mana-mana kolej kemahiran,” kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 300 pelajar.

Terdahulu, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai teknik pertanian moden di samping mendapat penerangan lanjut mengenai peluang-peluang untuk melanjutkan pengajian di dalam sektor pertanian.

Pada majlis itu, Shah turut menanam pokok dan melepaskan anak ikan sebagai simbolik kepada pelancaran kelab berkenaan.

5b8de1f0-994d-4040-82a9-2b60a11d6cb9

596b6f3b-d941-43dc-8db8-c4e5ab1bef55