Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Seorang pekerja 7Eleven telah ditahan kerana disyaki merancang kejadian samun bersama dua rakannya yang lain.

Kes jenayah terancang itu terbongkar apabila suspek yang berusia 20 tahun ke balai polis Sungai Senam untuk membuat laporan kononnya beliau disamun dua lelaki bermotosikal tidak dikenali ketika hendak memasukkan duit kutipan kedai.

Suspek disyaki terlibat setelah polis membuat rakaman percakapan bersangkut report suspek mengenai kejadian samun berkumpulan pada 9.30 pagi di Greentown Business Centre.

Mengikut laporan polis yang dibuat suspek beg silang yang mengandungi wang kutipan kedai berjumlah RM3,060, kad pengenalan diri, kad ATM, dan telefon bimbit telah diragut dua lelaki bermotosikal ketika dia berjalan menuju ke CIMB untuk memasukkan duit berkenaan.

“Hasil daripada siasatan mendapati kejadian tersebut telah dirancang dan pengadu telah menyuruh rakannya sendiri meragut beg yang dibawanya ketika berjalan menuju ke CIMB untuk memasukkan wang syarikat.

Berikutan itu, suspek telah ditahan bersama dua lelaki lain.

Kesemua mereka akan direman esok,” kata polis dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Ketiga suspek ditahan dibawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.