Oleh: Nazialita Geynna Maharan

CAMERON HIGHLANDS: Seorang pekerja warga Bangladesh maut dalam kebakaran di kilang memproses kotak di Jalan Ulu, Ringlet, di sini pada awal pagi Khamis.

Dalam kejadian pads sekitar 4 pagi, mangsa, Md Hanip Kazi, 36, ditemui rentung di bawah timbunan zink dan besi katil di dalam asrama pekerja.

c5a53d25-c07a-414e-8d05-3269058270f9Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ringlet, Muhamad Haziq Hazmi berkata, pihaknya menerima panggilan pads pukul 4.06 pagi dan segera menghantar jentera ke lokasi kejadian.

Jelasnya, sebaik tiba di tempat kejadian, mereka mendapati kilang memproses kotak yang berkeluasan empat hektar itu sudah terbakar sepenuhnya.

“Setelah api dipadamkan, kami difahamkan terdapat seorang mangsa yang tidak keluar dari kilang berkenaan.

“Seorang rakan sekerja mangsa telah menunjukkan tempat terakhir mangsa dilihat dan kami melaksanakan operasi mencari dan menemui mayat mangsa yang rentung di bawah timbunan zink,” katanya ketika dihubungi.

Mind Haziq berkata, mayat mangsa yang dijumpai di asrama pekerja pada sekitar jam 8 pagi kemudiannya diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

f477c812-b1a5-48f6-8e27-f8b636c8ce0c

Tambahnya, anggota BBP Ringlet mengambil masa hampir tiga jam bagi mengawal kebakaran berkenaan dan operasi tamat pada sekitar 7.30 pagi.

“Kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan berjumlah RM 1.5 juta termasuk melibatkan kemusnahan sebuah lori treler, dua buah jentera pengangkut dan sebuah kabin.

“Operasi memadam kebakaran dan mengeluarkan mayat mangsa turut melibatkan 22 anggota polis dan bomba Ringlet. Siasatan berkaitan punca kebakaran masih dijalankan,” katanya lagi.