TAIPING: Seorang pekerja kilang telah didakwa Mahkamah Sesyen Taiping hari ini atas tuduhan merogol ibu kandungnya.

Muhammad Ridhuan Ismail, 19, dituduh merogol ibunya, Jamaliah Abdul Gani, 49 di Kampung Kurnia Jaya Tambahan Kamunting pada 8 Mac, jam 7 malam.

Muhammad Ridhuan Ismail yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu telah dikenakan jamin sebanyak RM8000 dengan seorang penjamin.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Sabri Ismail menetapkan sebutan semula kes pada 21 April ini.

Tertuduh dibela peguam M. Kathan.