KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kilang menempuh detik hitam apabila dikurung di sebuah rumah sebelum dirogol teman lelakinya warga Nepal di Kajang Putra, Kajang, minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 24 tahun yang juga warga Indonesia mengikut teman lelakinya itu ke sebuah rumah.

Sumber polis berkata, mangsa kemudian dikurung di sebuah bilik dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan lelaki berkenaan.

“Mangsa mendakwa dirogol selama tiga hari sebelum dihantar pulang ke hostel pada keesokan hari,” katanya.

Katanya, dua hari selepas kejadian itu, mangsa didatangi suspek yang mengajaknya keluar.

“Mangsa yang trauma dengan kejadian menimpanya enggan keluar dengan lelaki berkenaan.

“Suspek kemudian mengugut untuk menceritakan kejadian yang berlaku jika mangsa enggan keluar dengannya,” katanya.

Susulan itu, mangsa yang ketakutan kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut – berita harian