SEBERANG PERAI – Seorang pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kepala Batas di sini meninggal dunia dipercayai akibat terkena renjatan elektrik malam tadi.

Mangsa, Siti Nur Manisya Azmi Prem Kumar, 19, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam biliknya kira-kira pukul 8.15 malam oleh seorang rakan.

Mangsa dikatakan baru dua jam berjumpa dengan keluarga yang datang untuk mengambil sebahagian barang-barangnya memandangkan dia akan menamatkan pengajian pada Selasa ini.

Difahamakn ketika kejadian, cuaca di kawasan sekitar dalam keadaan hujan renyai disusuli kilat dan petir. – K! ONLINE