KAMPAR – Seorang pelajar Tingkatan Tiga maut apabila motosikal dinaikinya melanggar seekor kerbau dalam satu kejadian di KM 16 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran RTC Gopeng, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, mangsa Muhamad Naqib Zubair Zamrullizam, 15, dari Taman Raia Mesra, Kampung Kepayang disahkan meninggal dunia pada pukul 2.34 pagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun, hari ini.

“Keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai hal ini dan polis masih meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.