IPOH: Seorang pelajar Pendidikan Khas Sekolah Aminuddin Baki Chemor, yang dilaporkan hilang dari rumah ibu saudaranya di Taman Klebang Putra, Chemor sejak 27 Oktober lalu ditemui semula malam tadi.

 Menurut ibu saudaranya, Fatimah Kamis, 43, anak saudaranya, Noraishah Sufaizal, 15, ditemui pada jam 12.00 malam oleh seorang anggota RELA di rumah seorang rakannya di taman berkenaan sebelum dibawa menaiki kereta ke rumahnya.

“Saya kini menjaga Noraishah secara bergilir-gilir bersama adik ipar saya,” katanya kepada Suara Perak pada Rabu.

 Noraishah dilaporkan hilang dari rumahnya di taman berkenaan pada 27 Oktober lalu kira-kira jam 3.40 petang.

 Susulan kehilangan Noraishah, Farimah telah membuat laporan polis di Balai Polis Chemor pada hari yang sama.